VERSE ======= Tuai padi antara masak Esok jangan layu layuan Intai kami antara nampak Esok jangan rindu rinduan VERSE ======= Anak cina pasang lukah Lukah di pasang di tanjung jati Di dalam hati tidak ku lupa Sebagai rambut bersimpul mati BRIDGE ======= Batang selasih permainan budak Daun selasih di makan kuda Bercerai kasih talak tiada Seribu tahun kembali juga BRIDGE ======= Burung merpati terbang seribu Hinggap seekor di tengah laman Hendak mati di hujung kuku Hendak berkubur di tapak tangan VERSE ======= Kalau tuan mudek ke hulu Carikan saya bunga kemboja Kalau tuan mati dahulu Nantikan saya di pintu syurga